Wednesday, November 18, 2009

Kem Sains(Part 1)

Pada awal bulan Oktober yang lalu pihak sekolah telah mengadakan satu kem sains untuk semua pelajar tingkatan 2.Pada hari pertama semua pelajar tingkatan 2 yang sermai 119 orang telah bertolak ke Taman Botanikal Melaka seawal jam 7.30 pagi. Setibanya disana taklimat ringkas diadakan sebelum kami masuk ke dangau masing-masing. Aktiviti yang pertama ialah ceramah daripada Dato Prof. Madya Dr. Abu Bakar bin Md Diah-Timbalan Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Selepas itu aktiviti pertandingan dapur solar diadakan, kami telah bertungkus lumus menyiapkan dapur masing masing disekolah pada malam sebelumnya. Semasa pertandingan sedang berlangsung kami menanti masakan kami dengan penuh kesabaran. Pada pukul 1 tengah hari kami bergerak ke dewan makan meninggalkan masakan kami masak di tengah panas. Selepas makan dan solat kami bergerak semula ke tapak pertandingan. Alangkah terkejutnya kami apabila separuh dari dapur kami diserang monyet. Nasib baik dapur kumpulan aku selamat, pertandingan diteruskan sehingga pukul 3 petang. Selepas diadili juri daripada Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Melaka, Kami berkumpul di dewan makan untuk pertandingan Explorace, setiap 2 kumpulan akan digabung untuk dijadikan 1 kumpulan. Selesai aktiviti explorace kami di benarkan rehat dan urus diri. Pada pukul 7 kami berkumpul untuk solat maghrib dan ceramah daripada Ustaz Anwar. Selepas solat Isyak kami berkumpul sekali lagi di dewan makan untuk makam dan seterusnya mendengar satu ceramah daripada Cikgu Suriyati. Pada pukul 11 malam kami semua tidur.

No comments:

Post a Comment