Tuesday, June 17, 2008

Penatnye


Fuhh penat sungguh aku kerana aku baru tiba dari pulau Tioman Petang tadi. Walaupun berasa gembira kerana akan pulang namun aku rasa sedih&gembira mengenagkan aktiviti&rakan-rakan baru terutamanya Abg Jimmy,Abg Miti,Wafi,Faeiz,Kak Mas dan Kak Ju The Mulut Murai.

Saturday, June 14, 2008

Woow

Esok aku akan pergi ke Pulau Tioman untuk menyertai Program Penggalakan Ekosistem Marin zon Selatan yang telah ditunda daripada waktu cuti kepada minggu ini.Aku tidak menyangka ia akan diganti pada minggu ini.Aku baru sahaja menerima suratnya semalam selepas solat Jumaat.Aku terpaksa berjumpa dengan ketua warden(Cikgu Rosnah)untuk meminta kebenaran balik ke kampung.Aku juga ingin mengucapkan selamat Hari Bapa kepada abah dan aku juga ingin mengucapkan ucapan selamat pergi &selamat pulang kepada semua rakan sekelasku yang sedang menghadiri forum perdana di Alai,Jasin.

Yahoo

Syukur Alhamdulillah aku telah layak untuk pergi ke Program Penggalakan Ekosistem Marin zon Selatan di Tioman.Pemilahan peserta telah dilakukan oleh Jabatan Pelajaran Melaka dengan mengadakan pertandingan mencipta buku skrap,25 peserta yang mendapat markah tertinggi akan layakuntuk menyertai program itu,aku telah mendapat tempat tempat ke-9 dengan 90 markah.Aku adalah wakil tunggal sekolahku(Mozac)