Sunday, March 14, 2010

Kejohanan Kriket SBP Zon Selatan 2010

Pada 4-7 Mac yang lalu aku telah menyertai Kejohanan Kriket SBP Zon Selatan 2010 yang telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah(STJ).Sebanyak 11 SBP zon selatan telah menyertai kejohanan tersebut.Sekolahku hanya mendapat tempat ke-3 kumpulan dan tidak dapat mengekalkan tempat ke-3 keseluruhan yang telah dimenangi pada tahun lepas.Ini kerana masalah teknikal dalam peringkat kumpulan.

MOZAC vs Sekolah Dato Abdul Razak(SDAR)-Kalah(83-84)
MOZAC vs Sains Johor-seri(Hujan)
MOZAC vs Sains Sultan Iskandar-Menang(96-65)

Pada tahun ini Sains Kota Tinggi(Sakti) telah menjadi johan untuk tiga tahun berturut turut manakala Sains Johor di tempat ke-2.SDAR dan STJ mendapat tempat ke-3 bersama.