Thursday, November 19, 2009

Kem Sains Part 2

Pada hari ke dua, kami semua bangun sewal jam 4 pagi untuk berqiamullail di surau bersama Ustaz jemputan, Uztaz Anwar.Selepas selesai solat Subuh kami semua mandi dan selepas itu kami bergerak ke dewan makan untuk sarapan. Selepas sarapan kami mengemas barang-barang dan dangau kami kemudian meletakkan semua beg dan barang-barang kami di dewan makan. Selepas itu kami bergerak ke Zoo Melaka dengan berjalan kaki. Setibanya di Zoo Melaka Kami berkumpul untuk taklimat mengenai aktiviti di sana. Kami di beri tugasan untuk melengkapkan sehelai kertas yang mengandungi soalan. Kami diberi masa 2 jam untuk menyiapkannya. Ketika masa yang di beri hampir tamat hujan turun dengan lebat. Kebanyakan kami berteduh di tempat yang berasingan. Nasib aku baik kerana dapat berteduh dengan fasilitator dan penjaga zoo berdekatan pintu masuk utama. Ketika hujan hampir reda, penjaga zoo itu mendapat satu panggilan teleon daripada rakannya yang menyatakan bahawa Zizan(Raja Lawak) hendak balik kerana pengambaran di zoo melaka dibatalkan kerana hujan. Aku rasa terkejut kerana tidak mengetahui bahawa Zizan di situ. Tiba-tiba sebuah jip zoo melaka lalu dihadapan kami. Pada mulanya kami semua tidak mengetahui bahawa Zizan di dalm jip itu, hanya penjaga zoo dan fasilitator sahaja tahu, kemudian seorang fasilitator yang berada disebelah aku memberitahu bahawa Zizan ada di dalam jip itu. Pada mulanya aku tidak mempercayainya namun ketika Zizan keluar baru aku percaya, kebetulan pada masa itu hujan telah berhenti dan aku seorng yang mengetahui bahawa Zizan berada di pintu masuk utama, aku pun berlari ke pintu masuk utama meredah hujan yang renyai. Kerana tindakan aku itu beberapa orang pelajar mengikuti aku. Setelah bersalam dengan Zizan aku bergambar dengannya. Nasib aku baik kerana ketika itu hanya aku dan tiga orang kawanku bergambar dengan Zizan jadi gambar kami tidaklah serabut. Sejurus aku bergambar dengan Zizan semua rakan-rakan aku menyerbunya. Akupun pergi dari situ kerana keadaan disitu sesak sangat. Selepas bergambar dengan Zizan, kami berkumpul sebelum kembali ke Taman Botanikal untuk mengambil beg dan barang-barang. Kemudian kami menaiki bas dan kembali ke sekolah.

No comments:

Post a Comment