Friday, November 20, 2009

Cuti Akhir Tahun

Cuti akhir tahun sepatutnya bermula pada hari Sabtu namun sekolah aku telah mengambil cuti pada hari selasa. Jadi semua pelajar sekolahku dibenarkan balik untuk cuti akhir tahun pada hari selasa yang lalu. Pelbagai kenangan semasa di tingkatan 2 yang tidak dapat aku lupakan.


Jamuan Akhir Tahun

Pada hari ahad yang lalu, Badan Dakwah dan Kerohanian Islam(BADRI) telah mengadakan jamuan akhir tahun di dewan makan. Pelbagai jenis makanan telah dihidangkan semasa majlis sedang berlangsung. Jamuan itu juga diadakan untuk meraikan pelajar tingkatan 5 yang telah berkhidmat bersama BADRI.

Malam anugerah muzaffar

Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah telah mengadakan Malam Anugerah Muzaffar(MAM) pada 30 Oktober 2009 bermula 4.30 petang hingga ke 11.30 malam . Malam itu diadakan untuk memberi penghormatan kepada pelajar tingkatan 5 yang akan meniggalkan alam persekolahan. Pada mulanya majlis berjalan lancar namun pada pukul 9 malam hujan turun dengan lebat, sebahagian pelajar berteduh di dewan makam manakala separuh lagi berada di dewan. Pada pukul 10 malam majlis disambung di dalam dewan kerana hujan belum berhenti. Pada pukul 11 malam anugerah untuk pelajar tingkatan 5 disampaikan dan kemudian majlis bersurai.

Thursday, November 19, 2009

Kem Sains Part 2

Pada hari ke dua, kami semua bangun sewal jam 4 pagi untuk berqiamullail di surau bersama Ustaz jemputan, Uztaz Anwar.Selepas selesai solat Subuh kami semua mandi dan selepas itu kami bergerak ke dewan makan untuk sarapan. Selepas sarapan kami mengemas barang-barang dan dangau kami kemudian meletakkan semua beg dan barang-barang kami di dewan makan. Selepas itu kami bergerak ke Zoo Melaka dengan berjalan kaki. Setibanya di Zoo Melaka Kami berkumpul untuk taklimat mengenai aktiviti di sana. Kami di beri tugasan untuk melengkapkan sehelai kertas yang mengandungi soalan. Kami diberi masa 2 jam untuk menyiapkannya. Ketika masa yang di beri hampir tamat hujan turun dengan lebat. Kebanyakan kami berteduh di tempat yang berasingan. Nasib aku baik kerana dapat berteduh dengan fasilitator dan penjaga zoo berdekatan pintu masuk utama. Ketika hujan hampir reda, penjaga zoo itu mendapat satu panggilan teleon daripada rakannya yang menyatakan bahawa Zizan(Raja Lawak) hendak balik kerana pengambaran di zoo melaka dibatalkan kerana hujan. Aku rasa terkejut kerana tidak mengetahui bahawa Zizan di situ. Tiba-tiba sebuah jip zoo melaka lalu dihadapan kami. Pada mulanya kami semua tidak mengetahui bahawa Zizan di dalm jip itu, hanya penjaga zoo dan fasilitator sahaja tahu, kemudian seorang fasilitator yang berada disebelah aku memberitahu bahawa Zizan ada di dalam jip itu. Pada mulanya aku tidak mempercayainya namun ketika Zizan keluar baru aku percaya, kebetulan pada masa itu hujan telah berhenti dan aku seorng yang mengetahui bahawa Zizan berada di pintu masuk utama, aku pun berlari ke pintu masuk utama meredah hujan yang renyai. Kerana tindakan aku itu beberapa orang pelajar mengikuti aku. Setelah bersalam dengan Zizan aku bergambar dengannya. Nasib aku baik kerana ketika itu hanya aku dan tiga orang kawanku bergambar dengan Zizan jadi gambar kami tidaklah serabut. Sejurus aku bergambar dengan Zizan semua rakan-rakan aku menyerbunya. Akupun pergi dari situ kerana keadaan disitu sesak sangat. Selepas bergambar dengan Zizan, kami berkumpul sebelum kembali ke Taman Botanikal untuk mengambil beg dan barang-barang. Kemudian kami menaiki bas dan kembali ke sekolah.

Wednesday, November 18, 2009

Kem Sains(Part 1)

Pada awal bulan Oktober yang lalu pihak sekolah telah mengadakan satu kem sains untuk semua pelajar tingkatan 2.Pada hari pertama semua pelajar tingkatan 2 yang sermai 119 orang telah bertolak ke Taman Botanikal Melaka seawal jam 7.30 pagi. Setibanya disana taklimat ringkas diadakan sebelum kami masuk ke dangau masing-masing. Aktiviti yang pertama ialah ceramah daripada Dato Prof. Madya Dr. Abu Bakar bin Md Diah-Timbalan Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Selepas itu aktiviti pertandingan dapur solar diadakan, kami telah bertungkus lumus menyiapkan dapur masing masing disekolah pada malam sebelumnya. Semasa pertandingan sedang berlangsung kami menanti masakan kami dengan penuh kesabaran. Pada pukul 1 tengah hari kami bergerak ke dewan makan meninggalkan masakan kami masak di tengah panas. Selepas makan dan solat kami bergerak semula ke tapak pertandingan. Alangkah terkejutnya kami apabila separuh dari dapur kami diserang monyet. Nasib baik dapur kumpulan aku selamat, pertandingan diteruskan sehingga pukul 3 petang. Selepas diadili juri daripada Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Melaka, Kami berkumpul di dewan makan untuk pertandingan Explorace, setiap 2 kumpulan akan digabung untuk dijadikan 1 kumpulan. Selesai aktiviti explorace kami di benarkan rehat dan urus diri. Pada pukul 7 kami berkumpul untuk solat maghrib dan ceramah daripada Ustaz Anwar. Selepas solat Isyak kami berkumpul sekali lagi di dewan makan untuk makam dan seterusnya mendengar satu ceramah daripada Cikgu Suriyati. Pada pukul 11 malam kami semua tidur.

Friday, October 9, 2009

Ops Balik Kampung

Wah seronoknya apabila dapat balik kampung setiap minggu.Bermula daripada bulan Ramadhan yang lalu sehingga Depavali semua pelajar dibenarkan balik pada setiap minggu.

Monday, October 5, 2009

Latihan kriket

Esok PMR akan bermula dan akan tamat pada hari Selasa minggu hadapan. Jadi, latihan kriket untuk pasukan pelapis tingkatan 2 akan bermula tidak lama lagi. Tidak sabar rasanya setelah lebih sebulan tidak bermain kriket dan latihan kami akan diadakan bersama pelajar tingkatan 3 yang terdiri daripada wakil sekolah. Bola dan bat kriket dalam lokerku dah berhabuk sebab dah lama tak pakai, bile buka loker tengok bola dengan bat rase gian je nak main kriket. Harap-harap tahun depan dapat wakil sekolah sebab team pelapis yang dipilih oleh cikgu hanya beberapa orang dan pada tahun depan juga ada pemain wakil sekolah yang tidak mahu bermain lagi.

Explorace Geografi

Dah lama rasanya aku tidak menulis blog.Pada bulan Ogos yang lalu sempena bulan akademik,aku telah mewakili rumah sukanku untuk pertandingan Explorace Goegrafi. Setiap rumah sukan perlu menghantar 2 pasukan yang terdiri 3 orang pelajar dari seorang pelajar tingkatan 1,2 dan 3. Setelah penat lelah berlari melepasi setiap checkpoint, kumpulanku berjaya mendapat tempat ke-3. Semoga panitia geografi akan mengadakan pertandingan ini lagi pada tahun hadapan.