Saturday, October 30, 2010

~Merentas Desa~

Ari Jumaat aritue skolah aku mengadakn merentas desa....
rse cuak gak sbab dh lame x lari...
tp dgn ksungguhan(bajet je) aku brjaya dpt tmpat ke 12...
bngge giler
dpt pon aku tebus ke kecewaan thn lps wlaupon x dpt top ten mcm time form 1
tp aritue mmg hari yg memenatkn...
hari sbelumnye ade hari koku
aku kne buat prsmbahan silat
cuak giler...
aku mggigil tyme prsmbahan...hahaha
nsib baek x kantoi
dh la aku pling dpan mse tu...
lpas mrentas desa ade MAM lak...
wktu MAM ialah wktu mengumpul tnage
aku mkn spuas-puasnye
lpas MAM aku maen saidina dgn shamil,jemat and beruk smpai kul 2 pg...


Friday, October 22, 2010

Pasca PMR


finally PMR dh abis...
so, skolah dh rancang plbagai aktiviti yg mnarik(bole thn la)
ade yg best tp ade gak yg boring...
yg pling d'tnggu2 ialah futsal n paintball tp dua2 aktvt tu lmbat agi...
so, smentara nk tnggu form 4,kte msti enjoy ourself...


Friday, September 3, 2010

Trial PMR Selaras Melaka 2010

Lepas seminggu habis Trial SBP, bermulalah trial melaka. Kali ni paper semua senang sikit dari trial SBP.Aku berjaya mendapat 6A

A:- BM -80%
BI -91%
Agama -85%
KH -87%
Geografi -85%
Sejarah -85%

Saturday, August 21, 2010

Trial PMR SBP 2010

2-6 ogos 2010 telah diadakan trial PMR SBP.Soalan-soalan boleh tahan susah tapi boleh jawab. Keputusan dah keluar, aku berjaya mendapat 5A 2B 1c.

A-BM, Science, Sejarah, Geografi, Agama
B-English, KH
C-Mathematics

Sunday, March 14, 2010

Kejohanan Kriket SBP Zon Selatan 2010

Pada 4-7 Mac yang lalu aku telah menyertai Kejohanan Kriket SBP Zon Selatan 2010 yang telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah(STJ).Sebanyak 11 SBP zon selatan telah menyertai kejohanan tersebut.Sekolahku hanya mendapat tempat ke-3 kumpulan dan tidak dapat mengekalkan tempat ke-3 keseluruhan yang telah dimenangi pada tahun lepas.Ini kerana masalah teknikal dalam peringkat kumpulan.

MOZAC vs Sekolah Dato Abdul Razak(SDAR)-Kalah(83-84)
MOZAC vs Sains Johor-seri(Hujan)
MOZAC vs Sains Sultan Iskandar-Menang(96-65)

Pada tahun ini Sains Kota Tinggi(Sakti) telah menjadi johan untuk tiga tahun berturut turut manakala Sains Johor di tempat ke-2.SDAR dan STJ mendapat tempat ke-3 bersama.

Friday, November 20, 2009

Cuti Akhir Tahun

Cuti akhir tahun sepatutnya bermula pada hari Sabtu namun sekolah aku telah mengambil cuti pada hari selasa. Jadi semua pelajar sekolahku dibenarkan balik untuk cuti akhir tahun pada hari selasa yang lalu. Pelbagai kenangan semasa di tingkatan 2 yang tidak dapat aku lupakan.


Jamuan Akhir Tahun

Pada hari ahad yang lalu, Badan Dakwah dan Kerohanian Islam(BADRI) telah mengadakan jamuan akhir tahun di dewan makan. Pelbagai jenis makanan telah dihidangkan semasa majlis sedang berlangsung. Jamuan itu juga diadakan untuk meraikan pelajar tingkatan 5 yang telah berkhidmat bersama BADRI.